Thursday, July 30, 2009

BaHaSa RojAK???

ImageChef Custom Images


Assalamualaikum...(@_@)

~Adakah pencemaran bahasa itu berlaku??? Dan apakah bahasa rojak itu merupakan salah satu penyumbang kepada berlakunya pencemaran bahasa dalam Bahasa Melayu???

~Menurut Dr.Nik Safiah Karim (1986), pencemaran bahasa ini boleh didefinisikan sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada di peringkat sebutan, pemlihan kata atau struktur/susunan frasa dan ayat. Dr.Teo Kok Siong pula, menyatakan istilah 'bahasa rojak' itu merujuk kepada bentuk dan penggunaan mencampuradukkan bahasa melayu dengan bahasa Inggeris. Pada hari ini, bahasa rojak digunakan secara meluas dalam setiap lapisan masyarakat di negara kita dan penggunaan bahasa rojak di Malaysia merupakan satu topik kontroversi. Para pengkaji bahasa menganggap bahawa penggunaan bahasa rojak adalah penggunaan bahasa yang tidak betul dan mungkin menimbulkan krisis dalam pembelajaran bahasa.

~Situasi ini boleh berlaku di mana-mana sahaja. Contohnya, pensyarah yang memberikan kuliah kadang-kala turut menggunakan bahasa yang bercampur-campur untuk memberikan pemahaman yang jelas kepada pelajar apa yang dikuliahkan oleh mereka. Kadang-kala penggunaan bhs rojak itu dilihat sebagai suatu kewajaran bagi penggunaannya mengikut situasi tertentu. Penggunaan bahasa rojak itu tidak akan lari dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contohnya:
  • Best giler citer tadi!!!
  • ko ni memang terror...
  • jalan straight je tak payah belok-belok..
  • nak makan sini atau tapau je??
~Saya berpendapat bhw penggunaan bahasa rojak ini sedikit sebanyak akan mencalarkan kredibiliti dan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Kerana bahasa itu melambangkan jati diri bagi sesebuah bangsa. Sungguhpun, penggunaan bahasa rojak ini banyak digunakan dalam situasi yang tidak formal tetapi sekiranya penggunaan bahasa rojak ini tidak dikawal, tidak mustahil keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan akan semakin lama semakin luntur fungsinya. Selain itu, ciri-ciri bahasa melayu itu juga akan pupus dan digantikan dgn beberapa ciri bahasa Inggeris maka akan wujudlah satu ciri bhs Melayu iaitu 'sekerat belut sekerat ular' seperti apa yg dikatakan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan iaitu Dato' Seri Dr.Rais Yatim. Sebagai generasi pemangkin kemajuan negara,kita perlulah mempertahankan kedudukan bahasa Melayu itu. Kalau bukan kita siapa lagi??? Oleh itu, FIKIR-FIKIRKANLAH.....

Budi bahasa budaya kita,
tanpa bahasa hilanglah bangsa....


P/S: Sila bg komen anda mengenai p'cemaran bhs nie..TQ

Monday, July 27, 2009

1st time in 2 years at UkM...(@_@)
























Assalamualaikum..BoNjoUr..(^_^)

~Hari ini dalam sejarah 27/7/09, aku dah pecahkan rekod kekebalanku yg x penah pegi jmpe doktor kat pusat kesihatan(PK). Kalau ikutkn hati ni mmg x nk g la PK 2 ttpi Dek kerana influenza H1N1 la aku t'paksa pegi PK. Batuk dan selsema m'ybbkan sore aku jd laen arini...sengau2 pn ader jgak..x sangka ramai la jgak org kat PK 2..foreigner students pn rmai la jgak...lbh2 lg Pak Arab...Selama lbh kurang 2 jam aku duk kat PK m'nunggu giliran.Sabaaa je laaaa..dh la ader pulak kls kul4..stgh jam aku lwt msk kls... nsib baek lecturer 2 ok...

~1st time g PK dh dpt ngn Dr laki pulak dh...lg b'debar2 nk msk dlm blik pesakit...Dr Pakistan la pulak yg check aku 2..skjp jer pn msuk dlm 2..aku bgtau aku selsema ngn batuk pastu Dr check denyutan jantung..2 jela prosesnya..Ubat yg aku dpt tu sikit jer cume 4 jenis ubat je
..Pastu merempit la aku ngan TAS 2554 aku tu ke Fak...Alhamdullilah aku sempat msuk kls...x suke ponteng2 kls nie...ThaNX kat Dr. Karim sb bg msk kls td..igtkn die kunci pintu..huhu3

Saturday, July 25, 2009

LomPanG a.k.a LomPonG..

Assalamualaikum...Bonjour..(^ -^)

~tak sangka msk thn 3 nie semakin mencabar..tmbh2 lagi kna wat tesis untuk dapatkan segulung ijazah pada tahun depan...Hari khamis lepas dh jmpa Pn.Kalthum tp tajuk yg aku tnjuk 2 x berkenan di hati die la..Puan mcm x galakkan anak2 jagaan bwhn die ni wat kajian lapangan..So..terpaksa la ak tkar n cari tajuk lain pulok...huhu3..Nak kna fikir tjuk baru pastu cari kelompongan dlm tajuk2 tesis yang lepas satu hal pulok..huhu3
~Selama smggu berulang-alik ke pusat sumber ppbl dan ptsl..AKHIRnya..aku dh jupe apa lompang kepada tajuk tesis aku tu...tp nk jumpa Pn.Kalthum pulak x dapat...Kena tggu die tampal notis dlu kat "notice board" suruh jumpe die bru kitaorg blh jumpe die..sedih nyer...sampai ble harus menunggu????Semakin hari semakin mencabar...ada yg dh mule wat bab1 dh nie..Sabaaaaaaar jelaaaaaaaaaah....




Sunday, July 19, 2009





Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan ruku’nya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.”

Riwayat Muslim

Huraian
Pengajaran:
i) Agak menghairankan apabila didapati ada orang yang mengerjakan sembahyang, tetapi masih tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat. Mengapa? Jawapannya adalah kemungkinan besar kerana sembahyang yang dikerjakan itu sebenarnya tidak ikhlas kepada Allah melainkan untuk menunjuk-nunjuk, riya’ dan takabur. Sembahyang yang sedemikian ini sama sekali tidak akan memberikan apa-apa kesan terhadap jiwa dan pembentukan peribadi serta tidak dapat menjamin serta mendinding diri daripada melakukan perkara-perkara negatif dan maksiat.

ii) Sesungguhnya sembahyang dalam erti kata yang sebenar ialah sembahyang yang dikerjakan dengan hati yang khusyuk dan menghayati setiap apa yang dibaca. Hasilnya ia berupaya mendidik seseorang kepada pembangunan sahsiah muslim yang sejati. Hal ini bermula dengan berwudhuk yang menganjurkan kebersihan tubuh badan serta pakaian, sehinggalah kepada geraklaku dan tatatertib khusus yang perlu diiltizamkan oleh orang yang sembahyang.

iii) Sembahyang berjamaah contohnya, mendidik seseorang itu mematuhi seorang ketua yang tidak harus bagi seorang makmum mendahului imam dalam apa jua geraklakunya. Manakala dari hal menjaga saf-saf ketika bersembahyang pula memberikan satu pengajaran tentang kepentingan perpaduan dalam suatu masyarakat yang dipimpin.

iv) Selain kebersihan zahir, sembahyang juga mampu melupuskan kotoran dosa yang pernah dilakukan kerana sembahyang merupakan satu-satunya peluang keemasan untuk setiap hamba mencari pengampunan dari tuhan-Nya. Usaha ini diseiringkan dengan amalan zikir dan doa-doa yang dibaca sewaktu sembahyang di mana ia akan menguatkan lagi hubungan dengan Allah S.W.T.

Saturday, July 18, 2009

LINGUISTIC'S STUDENT..

Collage
imikimi - Customize Your World!

TESIS O TESIS.....

Salam...bonjour!!

pejam celik pejam celik..
kejap jer dah masuk tahun 3..
skrg tgh pening dgn tesis pulak..
tak tau la sama ada tajuk aku nk buat ni di approve ke tak oleh penyelia aku nie...
tag yg lecturer aku selalu gune 'sabarrrr jelaaaah'
x sangka pulak aku dpt dgn die..
kira ok la 2 kot dpt dgn Pn.Kalthum 2..
hrap2 die ok jer..
ila,muni,jali,nazri dan aku terpilih duk bwh seliaan Pn.Kalthum..
aku hrap tajuk yg ak nk bg kat Pn kalthum 2 di terima..
hope the thesis can be send to the lecturer on april 2010..Amin..