Wednesday, October 28, 2009

~SaMBuTaN 25 TaHuN LinGuiStiK UKM~...

Our Special DayAssaLaMuaLaiKuM/BoNjOuR...(@_@)
~Pada 2 hari yang lepas, program Linguistik UKM telah mencapai umurnya yang ke 25 tahun. Dua orang tokoh bahasa turut dijemput untuk memberikan syarahan mereka mengenai linguistik iaitu Prof.Emeritus Dr.Asmah Haji Omar dan Dr.Farid M.Onn. Beberapa orang pensyarah seperti Prof. Dr.Nor Hashimah, Dr.Norsimah, Dr.Fazal, En.AJ, Pn Harishon dan Pn. Kalthum dilihat bertungkus lumus untuk memastikan program yang dirancang ini berjalan dengan lancar.


Ketua Program Linguistik (PM Dr.Idris Aman)
Prof Dr.Zaharani (Timb.Dekan FSSK)

~Tapi tak disangka pula, pelajar tahun3 Linguistik perlu mengadakan persembahan koir lagu 'varsiti kita' dalam majlis tersebut. Kebanyakan pelajar tahun3 ada yang masih lagi berada di kampung dan ada juga yang tinggal di kawasan berdekatan UkM nie pun berada di rumah. Kehadiran pelajar ke majlis tersebut adalah diwajibkan. Hati terasa macam berat je nak menyanyi memandangkan pada sebelah petang kC dan beberapa kawan yang lain perlu menghadapi exam...tp Dr.Norsimah cakap exam petang jadi tak ada masalah pun sebab majlis akan tamat pada waktu tengah hari...Petang Ahad, beberapa orang kawan2 kC seperti WaNi, Huda, PeJai, KaCang, KuMoM, FaaZ, ZuL, DauS, EddY, JaLi, NazRey datang untuk berlatih nyanyi lagu varsiti...

Dr Farid M.Onn


Prof.Emeritus Dr.Asmah Haji Omar

~BarU je sampai kat PBL kami disuruh makan dulu sebelum berlatih menyanyi..bagus la pensyarah2 linguistik nie...Selain pensyarah2, beberapa orang pelajar master turut bersama2 membuat persiapan untuk majlis tersebut. Pada hari Isnin tu, memang tak ada semangat untuk nyanyi..bayangkan hanya 14 orang je pelajar tahun3 yang koir hari tu..memang sedih...Lepas program tamat, ada jamuan makan kC pun sempat makan2 sekali dengan geng ati kering...memang riuh rendah suara diorang...suka wat gosip...sampaikan atuk terry pun tak ketinggalan jugak kena digosipkan...Habis je makan, kC pn balik kolej utk rehat2 jap..pukul 3.30 ada exam..sempatlah belek2 sikit buku...Masa mendengar syarahan mata memang tak tahan giler...ngantuk sangat..asyik menahan je menguap..huhu2..tapi apa-apa pun sambutan 25 tahun Linguistik tu memang best sangat..(@_@)MySpace
Dak2 Koir..

0 comments: