Thursday, July 30, 2009

BaHaSa RojAK???

ImageChef Custom Images


Assalamualaikum...(@_@)

~Adakah pencemaran bahasa itu berlaku??? Dan apakah bahasa rojak itu merupakan salah satu penyumbang kepada berlakunya pencemaran bahasa dalam Bahasa Melayu???

~Menurut Dr.Nik Safiah Karim (1986), pencemaran bahasa ini boleh didefinisikan sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada di peringkat sebutan, pemlihan kata atau struktur/susunan frasa dan ayat. Dr.Teo Kok Siong pula, menyatakan istilah 'bahasa rojak' itu merujuk kepada bentuk dan penggunaan mencampuradukkan bahasa melayu dengan bahasa Inggeris. Pada hari ini, bahasa rojak digunakan secara meluas dalam setiap lapisan masyarakat di negara kita dan penggunaan bahasa rojak di Malaysia merupakan satu topik kontroversi. Para pengkaji bahasa menganggap bahawa penggunaan bahasa rojak adalah penggunaan bahasa yang tidak betul dan mungkin menimbulkan krisis dalam pembelajaran bahasa.

~Situasi ini boleh berlaku di mana-mana sahaja. Contohnya, pensyarah yang memberikan kuliah kadang-kala turut menggunakan bahasa yang bercampur-campur untuk memberikan pemahaman yang jelas kepada pelajar apa yang dikuliahkan oleh mereka. Kadang-kala penggunaan bhs rojak itu dilihat sebagai suatu kewajaran bagi penggunaannya mengikut situasi tertentu. Penggunaan bahasa rojak itu tidak akan lari dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contohnya:
  • Best giler citer tadi!!!
  • ko ni memang terror...
  • jalan straight je tak payah belok-belok..
  • nak makan sini atau tapau je??
~Saya berpendapat bhw penggunaan bahasa rojak ini sedikit sebanyak akan mencalarkan kredibiliti dan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Kerana bahasa itu melambangkan jati diri bagi sesebuah bangsa. Sungguhpun, penggunaan bahasa rojak ini banyak digunakan dalam situasi yang tidak formal tetapi sekiranya penggunaan bahasa rojak ini tidak dikawal, tidak mustahil keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan akan semakin lama semakin luntur fungsinya. Selain itu, ciri-ciri bahasa melayu itu juga akan pupus dan digantikan dgn beberapa ciri bahasa Inggeris maka akan wujudlah satu ciri bhs Melayu iaitu 'sekerat belut sekerat ular' seperti apa yg dikatakan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan iaitu Dato' Seri Dr.Rais Yatim. Sebagai generasi pemangkin kemajuan negara,kita perlulah mempertahankan kedudukan bahasa Melayu itu. Kalau bukan kita siapa lagi??? Oleh itu, FIKIR-FIKIRKANLAH.....

Budi bahasa budaya kita,
tanpa bahasa hilanglah bangsa....


P/S: Sila bg komen anda mengenai p'cemaran bhs nie..TQ

7 comments:

azrien nasir said...

Betul-betul...saya sejutu dengan pendapat awak tu.

hayati said...

saya setuju..ini kerana penggunaan bahasa 'rojak' sngat berleluasa terutamnya di kalangan remaja...

Unknown said...

Penggunaan Bahasa Rojak di Malaysia merupakan satu topik kontroversi oleh kerana para pengkaji bahasa menganggapnya sebagai penggunaan bahasa yang tidak betul dan mungkin menimbulkan krisis dalam pembelajaran bahasa. Mereka bimbang bahawa siswa-siswi akan kekurangkan kemahiran menulis dan bertutur sekiranya amalan ini terus berlaku. Satu cadangan untuk membendung gejala ini adalah untuk bertutur dalam bahasa Melayu tulen dalam satu ayat tanpa campuran bahasa lain. Akan tetapi untuk pelajar-pelajar sekolah luar bandar satu-satunya cara untuk melatih kemahiran berbahasa Inggeris mereka adalah untuk menggunakan bahasa itu dalam perbualan seharian. Dengan diri mereka sendiri yang tidak punyai kemahiran dalam bahasa Inggeris, ia sekaligus memberikan pendengar mereka satu gambaran Bahasa Rojak. Ini juga merupakan satu fenomena yang sedang merebak ke bandar.

Alasan yang paling popular bagi penggunaan Bahasa Rojak ini ialah untuk menonjolkan kehebatan si penutur menguasai bahasa yang satu lagi, terutama Bahasa Inggeris. Malangnya ini juga secara tidak langsung mendedahkan mereka kepada cemuhan orang lain yang melihat mereka sebagai tidak mampu atau dalam bahasa kasarnya, bodoh, dalam menguasai salah satu daripada bahasa tersebut secara sepenuhnya. Satu fakta yang memang tidak dapat disangkal lagi ialah, kebanyakan penutur Bahasa Rojak ini biasanya mengalami kesukaran untuk berkomunikasi di dalam persekitaran berbahasa Inggeris yang sebenar, dan ini kerap menyebabkan mereka disalah erti, terutama apabila berada di negara-negara barat yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan seharian.

al_must said...

erm..bahasa rojak sememangnya sudah menjadi satu budaya di kalangan masyarakat. terutamanya remaja..sesuatu perlu dilakuakn agar keindahan bahasa melayu tidak terus tercemar. (^-^)

Anonymous said...

Pencemaran bahasa memang berleluasa pada masa kini terutamanya penggunaan 'bahasa rojak' dalam kalangan pelajar.Saya setuju bahawa sesetengah pensyaran atau guru juga menggunakan bahasa rojak untuk membantu pelajar memahami dengan lebih baik, tetapi penggunaan bahasa rojak ini akan memberikan impak kepada pelajar dan dapat mempengaruhi mereka dalam penggunaan seharian tidak kira samada secara formal atau informal.Oleh itu, wajarlah kita semua memberi perhatian dan menitikberatkan hal ini secara serius supaya pencemaran bahasa ini tidak berlanjutan sehinggakn menjejaskan bahasa ibunda kita di mata dunia.

Anonymous said...

Saya setuju bahawa pencemaran bahasa semakin berleluasa pada masa kini terutamanya dalam kalangan pelajar."Bahasa rojak" ini menjadi sudah menjadi sebahagian daripada penggunaan bahasa harian semua samada secara informal atau informal.Saya juga setuju apabila pensyarah atau guru menggunakan bahasa rojak untuk membantu pelajar memahami dengan lebih baik tentang subjek.Walaubagaimanapun,tanpa kita sedari penggunaan bahasa rojak ini telah mempegaruhi budaya hidup kita semua sehinggakan pelajar semkain lemah dalam penggunaan bahasa ibunda mereka sendiri.Oleh itu, semua orang perlu menitikberatkan dan memberi perhatian yang serius tentang penggunaan bahasa rasmi ini dengan betul dan lebih baik agar tidak tercemar penggunaanya.

Anonymous said...

bahasa rojak cemar bahasa